fbpx
More

    Permohonan Lot Tanah Di Skim Penempatan Rampangi Dan Kampung Sadong Jaya Kini Dibuka

    Ingin mendirikan rumah? Kenalah ada tanah dulu,kan?

    Permohonan Lot Tanah Di Skim Penempatan Rampangi Dan Kampung Sadong Jaya Kini Dibuka. Semua orang ada impian untuk mempunyai rumah sendiri. Lebih beruntung jika seseorang itu mempunyai tanah kerana anda boleh membina rumah sendiri pada bila-bila masa sahaja. Tetapi tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan lot tanah untuk membina kediaman pertama anda?

    Jabatan Tanah dan Survei Sarawak kini membuka permohonan untuk lot tanah kediaman di dua kawasan iaitu di Skim Penempatan Semula Rampangi, Kuching dan Skim Pembesaran Kampung Sadong Jaya, Samarahan.

    Bakal disediakan jalan bertar, perparitan konkrit dan infrastruktur lain

    Untuk pengetahuan anda, Skim Penempatan Semula dan Skim Pembesaran Kampung merupakan satu skim penempatan penduduk yang membolehkan penduduk yang berpendapatan rendah untuk memiliki tanah untuk membina kediaman selain untuk mengurangkan kepadatan penduduk di kawasan kampung sedia ada.

    Permohonan Lot Tanah Di Skim Penempatan Rampangi Dan Kampung Sadong Jaya Kini Dibuka
    Permohonan Lot Tanah Di Skim Penempatan Rampangi Dan Kampung Sadong Jaya Kini Dibuka

    Bukan itu sahaja, polisi baharu yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 6 Mei 2018 memperuntukkan pembinaan infrastruktur yang lebih baik untuk seperti jalan bertar, perparitan konkrit, penembokan lot, bekalan air dan elektrik bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang layak untuk skim tersebut.

    Terdapat 2 permohonan skim penempatan semula yang dibuka iaitu;

    1. Skim Penempatan Semula Rampangi, Kuching (RT/1D/1/2021)

    Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak KHUSUSNYA PENDUDUK DAERAH KUCHING SAHAJA . Untuk memohon lot kediaman di SKIM PENEMPATAN SEMULA RAMPANGI ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-


    A. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin khususnya di DAERAH KUCHING Sarawak.
    B. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera Sarawak.
    C. Berumur 18 hingga 55 tahun, berkahwin dan berkeluarga.
    D. Pemohon tidak mempunyai hartanah kediaman.

    Tarikh pembukaan permohonan : 15 MAC 2021

    Tarikh tutup permohonan : 15 APRIL 2021

    2. Pembesaran Kampung Sadong Jaya, Samarahan (KG/8D/3/2021)

    Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak KHUSUSNYA PENDUDUK KAMPUNG SADONG JAYA SAHAJA. Untuk memohon lot kediaman di PEMBESARAN KAMPUNG SADONG JAYA ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-


    A. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin khususnya di KAMPUNG SADONG JAYA, Daerah Sadong Jaya Sarawak.
    B. Pemohon adalah terdiri daripada keluarga tambahan dari KAMPUNG SADONG JAYA
    C. Berumur 18 hingga 55 tahun
    D. Pemohon tidak mempunyai hartanah kediaman
    E. Keutamaan kepada yang berkahwin dan berkeluarga

    Tarikh pembukaan permohonan : 13 MAC 2021

    Tarikh tutup permohonan : 13 APRIL 2021

    Anda boleh membuat permohonan di pautan Permohonan Skim Penempatan Semula dan Pembesaran Kampung Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak ini : https://jts.sarawak.gov.my/ares/

    Jika anda mempunyai kemusykilan, anda boleh menghubungi Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching di talian 082-424131 atau Bahagian Samarahan di talian 082-671213.

    Baca juga :

    Artikel Berkaitan