Piza yang anda patut cuba sekali seumur hidup!
3 Kedai Piza Lazat Dan Padu Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching. Adakah anda sudah bosan dengan piza yang anda cuba di restoran segera?
Dalam artikel kali ini, kami kongsikan kepada anda port piza yang sangat lazat dan padu yang mesti anda cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda.
1. Big Coconut / Small Coconut
Lokasi kedai ini agak tersorok sedikit dan sedikit jauh dari pusat bandar. Ia terletak di taman perumahan Hui Sing, berdekatan dengan Imperial Hotel Kuching. Paling senang, guna sahaja Waze atau Google Map untuk ke sini.
Menu pizza yang paling recommended di sini ialah Smoked Duck Pizza, Seafood Pizza dan Beef Pepperoni.
Lihatlah piza smoked duck Big Coconut ini! Boleh bangkit mengidam weh!
Piza di sini mempunyai crust atau doh yang nipis namun dilimpahi dengan isi atau topping yang kaya dan tidak ‘kedekut’. Bagi penggemar base keju, pasti anda akan sukakan rasa lemak berkrim piza yang dijual di Big Coconut.
2. Old Lantern’s Pizza / Tom’s Pizza
Old Lantern’s Pizza ini turut dikenali dengan nama Tom’s Pizza. Ia terletak di Coffeetalk Cafe, Stutong dan Hijau Cafe di BDC, Tabuan.
Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 5.30 petang hingga 10.30 malam, menu piza yang boleh dikira sebagai best selling di sini ialah Beef Pepperoni Pizza, Italian Smoked Turkey Ham Pizza, dan Cheezy Cheese Pizza.
Melalui pengalaman kami membuat pesanan piza di sini, kami agak kagum dengan jumlah topping yang diletakkan di atas piza ini terutamanya kepingan daging atau inti utama seperti menu yang anda pilih. Bukan itu sahaja, rasa piza ini begitu on-point dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Sebut tentang harga, anda boleh mendapatkan piza di sini dengan harga sekitar RM 20 hingga RM 27 untuk setiap keping besar piza. Anda juga boleh membuat pesanan secara atas talian dalam aplikasi penghantaran makanan lokal iaitu Lyfe.
Yang pasti, anda tidak akan menyesal jika anda membuat pesanan piza di sini.
3. The Godfather
Ini pula port pizza dengan pilihan pelbagai sampaikan anda tak tahu mana satu yang anda mahukan!
The Godfather ini terletak di Swee Joo Park dan terdapat juga di aplikasi pesanan makanan Grab dan Foodpanda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih kurang 30 menu piza berbeza yang ditawarkan di Godfather ini. Antara menu yang digemari ramai ialah Godfather Pizza yang berinti itik salai, cendawan, brokoli, kepingan daging, sos berkrim pomodoro dan keju.
Dengar sahaja dah dapat bayangkan betapa padatnya dan meriahnya topping di atas piza ini. Paling best, harga piza yang ada di sini sangat berpatutan dan hanya ditawarkan pada harga sekitar RM 19 hingga RM 35 untuk pizza bersaiz 12 inci.
Kalau anda craving piza, jangan lupa untuk cuba 3 kedai piza yang kami kongsikan ini. Kongsikan pendapat anda jika anda pernah mencuba piza yang ada di sini.