fbpx
More

    4 Kedai Mee Kolo Terbaik Di Kuching Yang Anda Harus Cuba

    Tunggu apa lagi kawan-kawan, mari kita cuba 4 gerai mee kolo yang terbaik ini.

    4 Kedai Mee Kolo Terbaik Di Kuching Yang Anda Harus Cuba. Mee Kolo merupakan makanan yang tidak asing lagi bagi orang Sarawak. Menu ini biasanya menjadi sarapan pagi penduduk tempatan. 4 kedai mee kolo ini bukan sahaja sedap, tetapi rasanya yang unik membuat ianya menjadi kegemaran semua orang.

    Mari kita lihat senarainya:

    4 Kedai Mee Kolo Terbaik Di Kuching Yang Anda Harus Cuba
    4 Kedai Mee Kolo Terbaik Di Kuching Yang Anda Harus Cuba

    1. Satok Fly Over Cafe

    Satok Fly Over Cafe terletak di Satok sebelah Cafe Sepinang Sari ini menyediakan antara mee kolo yang terbaik di Kuching. Rasanya yang memang tidak berubah dari dulu lagi menjadikan cafe ini kegemaran ramai penduduk tempatan di Kuching. Gerai ini juga sentiasa penuh waktu sarapan pagi.

    4 Kedai Mee Kolo Terbaik Di Kuching Yang Anda Harus Cuba

    Satok Fly Over dahulunya hanya sebuah gerai kecil di pasar lama Satok dan telah beroperasi lebih daripada 15 tahun. Antara mee kolo yang anda harus cuba di sini ialah mee kolo sapi, mee kolo ayam dan juga mee wantan.

    4 Kedai Mee Kolo Terbaik Di Kuching Yang Anda Harus Cuba

    2. Mee Kolo Bang Rajak Kimi Cafe

    Kimi cafe yang terletak di jalan semarak ini adalah salah satu tempat yang anda harus cuba mee kolok nya. Mee Kolo di Kimi cafe ini ramai juga penduduk tempatan menyukainya kerana rasanya yang power.

    4 Kedai Mee Kolo Terbaik Di Kuching Yang Anda Harus Cuba

    Antara menu di sini yang anda patut cuba adalah mee kolo sapi, mee kolo ayam dan juga mee kolo special. Anda pasti tidak akan menyesal setelah mencuba makanan di sini.

    4 Kedai Mee Kolo Terbaik Di Kuching Yang Anda Harus Cuba

    3. Lj Noodle Cafe

    Terletak di Jalan Ruber Road, Lj Noodle Cafe menyajikan mee kolo yang amat menyelerakan. Cafe ini juga merupakan kegemaran penduduk tempatan dan sentiasa mempunyai ramai pelanggan tetap.

    4 Kedai Mee Kolo Terbaik Di Kuching Yang Anda Harus Cuba

    Jika anda cuba mee kolo di sini anda pasti akan datang lagi. Menu yang anda patut cuba adalah mee kolo ayam, mee kolo daging dan juga mee kolo wantan mereka. Oleh kerana kedai makan ini selalu penuh dengan pelanggan, anda tidak perlu risau kerana mereka juga kini membuat food delivery iaitu melalui Grabfood.

    4 Kedai Mee Kolo Terbaik Di Kuching Yang Anda Harus Cuba

    4. Sepinang Sari Cafe & Restaurant

    Siapa yang tidak kenal dengan cafe Sepinang Sari atau Mee Kolok Haji Salleh ini kerana ianya antara spot makan mee kolo yang terbaik di Kuching. Kedai makan ini sudah bertapak di Kuching dari tahun 1996 dahulu lagi.

    Antara menu yang anda harus cuba di sini adalah mee kolo tendon, mee kolo sapi dan juga mee kolo special. Ramai penduduk tempatan memang suka mee kolo di sini dan ianya sememangnya popular di Kuching.

    Lagi disini:

    Artikel Berkaitan