fbpx
More

    Himawari Ramen Bar, Kedai Ramen Homemade Terbaru Yang Power Di Kuching

    Himawari Ramen Bar, Kedai Ramen Homemade Terbaru Yang Power Di Kuching

    Ramen bukanlah satu makanan yang asing di Bandaraya Kuching. Terdapat banyak kedai makanan jepun yang menyediakan ramen sebagai juadah mereka. Namum begitu, tidak banyak yang menyediakan homemade ramen, apatah lagi dengan citarasa asia.

    Kami berpeluang untuk ke Himawari Ramen Bar, sebuah kedai ramen terbaru di Kuching yang terletak di Jalan Padungan.

    Himawari Ramen Bar, Kedai Ramen Homemade Terbaru Yang Power Di Kuching

    Himawari Ramen Bar menawarkan ramen buatan sendiri yang bercitarasakan masakan malaysia dan juga asia secara keseluruhannya. Antara contoh menu menarik yang anda boleh dapati di sini adalah Pandan Chicken Aruba Soba Hikari iaitu Ramen yang dihidangkan dengan Ayam Pandan, Jagung Manis, seaweed dan juga potongan sayur sayur terpilih.

    Himawari Ramen Bar, Kedai Ramen Homemade Terbaru Yang Power Di Kuching

    Selain itu, kami juga mencuba Gyuniku Shoyu Ramen Hikari, iaitu ramen yang dihidangkan dengan daging yang dikukus perlahan. Ramen ini juga dihidangkan bersama sup daging yang sangat authentic .Himawari Ramen Bar, Kedai Ramen Homemade Terbaru Yang Power Di Kuching

    Bagi anda yang gemarkan bubur untuk sarapan pagi pula, mereka menyediakan menu bubur yang dihidangakan dalam saiz kecil atau sederhana dan berharga dari RM2.20 dan RM4.40.

    Himawari Ramen Bar, Kedai Ramen Homemade Terbaru Yang Power Di Kuching

    Menariknya juga, Himawari Ramen Bar ini tidak menggunakan MSG dalam masakan mereka dan mereka sangat fokus dengan mengeluarkan flavour semulajadi dari bahan bahan asas masakan mereka.

    Himawari Ramen Bar, Kedai Ramen Homemade Terbaru Yang Power Di Kuching

    Untuk pencuci mulut, anda boleh mencuba Tofu fa homemade mereka yang dihidangkan sejuk dan ditaburi kacang diatasnya. Bagi kami, sangat cun untuk menghilangkan dahaga.

    https://www.instagram.com/p/BjPOzoPgiUd/?taken-by=khairooladzelan

    Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan, anda boleh dapatkan semangkuk ramen dengan harga kurang dari RM10, dan saiz hidangan nya juga banyak dan mengenyangkan anda.

    Himawari Ramen Bar, Kedai Ramen Homemade Terbaru Yang Power Di Kuching

    Menu yang terdapat di sini sentiasa ditambah dan juga terdapat menu baru yang selalunya diperkenalkan pada setiap hari jumaat. Menariknya juga mereka turut menghidangkan Ramen Ikan Lumek yang di pan fry kan. Untuk anda yang ingin berkunjung ke Himawari Ramen Bar ini, masa operasi mereka adalah dari pukul 9 Pagi sehingga 3 Petang. Anda boleh ikut peta di bawah untuk lokasi mereka

    Baca lagi : Buka Puasa di Kuching

    Artikel Berkaitan