fbpx
More

    Kenali Stall Uncle Libra, Pembuat Burger Legend Area St. Thomas

    Masih ingat Uncle Libra?

    Kenali Stall Uncle Libra, Pembuat Burger Legend Area St. Thomas. Sekiranya anda bekas pelajar St. Thomas dan St. Mary, kemungkinan besar anda pernah beli burger dari Uncle Libra.

    Terkenal dengan burger dan waffle murah serta mi segera yang dihidangkan olehnya, gerai Uncle Libra berada di dalam V.F.M. Libra Enterprise yang terletak di Jalan McDougall, Kuching.

    Kenali Stall Uncle Libra, Pembuat Burger Legend Area St. Thomas
    Kenali Stall Uncle Libra, Pembuat Burger Legend Area St. Thomas. Kredit: Facebook via Nigel Maverick Sebastian

    Dikenali sebagai Uncle yang suka ‘ngereco’

    Antara makanan yang dihidangkan oleh Uncle Libra ialah waffle, mi segera, kadang-kadang spaghetti dan tak juga lupa burger yang disukai oleh pelajar-pelajar St. Thomas dan St. Mary.

    Kenangan yang menarik jika anda bertanya kepada bekas pelajar St. Thomas dan St. Mary ialah uncle tersebut akan sentiasa ‘marah’ jika kedai beliau dipenuhi pelajar yang berebut nak tempah burger/waffle masing-masing.

    Kenali Stall Uncle Libra, Pembuat Burger Legend Area St. Thomas
    Kredit: Facebook via Nigel Maverick Sebastian
    Kenali Stall Uncle Libra, Pembuat Burger Legend Area St. Thomas
    Kredit: Facebook via Nigel Maverick Sebastian
    Kenali Stall Uncle Libra, Pembuat Burger Legend Area St. Thomas
    Kredit: Facebook via Nigel Maverick Sebastian

    Perniagaan terjejas akibat pandemik

    Seorang pengguna Twitter, @extraoderinary mengungkit nama Uncle Libra baru-baru ini apabila beliau mendedahkan uncle itu kini mengalami kesusahan menjalankan perniagaan.

    Difahamkan, akibat pandemik yang menyebabkan penutupan sekolah selama beberapa bulan, uncle tersebut telah mengalami kesukaran untuk membayar sewa gerai beliau.

    “Saya rasa kebanyakan Marian dan Thomian kenal pak cik ini. Semasa pak cik sediakan burger saya, pak cik memberitahu saya bahawa perniagaan pak cik kini tidak berjalan dengan baik dan saya adalah pelanggan satu-satunya. Pak cik pun sukar untuk membayar sewa gerainya.”

    Difahamkan, Uncle Libra kini beroperasi dari awal pagi sehingga pukul 2PM.

    Kenali Stall Uncle Libra, Pembuat Burger Legend Area St. Thomas
    Kredit: Twitter via @extraoderinary

    “Saya tahu dengan keadaan sekarang ini sukar bagi sebilangan kita, tetapi kalau anda boleh atau kebetulan bersinggah di Libra, tolong sokongkan pak cik. Pak cik ini jual burger, waffle dan pelbagai mi segera untuk buat masa sekarang. Tolong lah dia, okay?”

    Yang lebih menyedihkan, Uncle Libra menawar untuk kurangkan lagi harga mi segera bagi pengguna Twitter tersebut ketika beliau singgah ke kedai Uncle Libra.

    Kenali Stall Uncle Libra, Pembuat Burger Legend Area St. Thomas
    Kredit: Twitter via @extraoderinary

    Sekiranya anda berminat untuk tempah burger, waffle, ataupun mi segera beliau (murah lagi tu!), anda boleh kunjung ke sini (nama kedai V.F.M. LIBRA ENTERPRISE):

    Kredit: Twitter via @extraoderinary

    Semoga perniagaan Uncle Libra terus maju untuk generasi pelajar St. Thomas dan St. Mary baru.

    Lebih lagi disini:

    Artikel Berkaitan