Le Parlour Cafe Studio, Kafe Untuk Pencinta Buku Di Kuching
Minat membaca buku? Kini warga Kuching boleh kunjungi sebuah kafe yang khas untuk pencinta buku.
Kunjungi Le Parlour Cafe Studio, sebuah kafe yang berkonsepkan perpustakaan dan kini dibuka di lokasi baru berdekatan Pasar Stutong.
Terdapat pelbagai genre buku bahasa Inggeris di sini termasuklah fiksyen, bukan fiksyen dan buku kanak-kanak.
Dekorasi minimalis memberi fokus yang lebih kepada koleksi buku di Le Parlour Cafe Studio. Ternyata, anda boleh menjumpai buku di mana-mana penjuru kafe ini.
Menu yang disaji di sini ialah makanan barat seperti chicken chop, grilled salmon, grilled lamb shoulder, serta makanan fusion seperti salted egg butter prawn spaghetti dan mushroom creamy spaghetti with chicken soup.
Makanan paling popular di Le Parlour Cafe Studio — Salted Egg Butter Prawn Spaghetti
Manakala minuman “best seller” mereka ialah horlick cheese cake frappe, Finding Dory (Blue Lagoon based soda fizz drink), uji matcha frappe dan matcha strawberry frappe.
Jika anda tidak inginkan main menu, mereka juga menghidangkan kek dan appetizer.
Pilihlah mana-mana tempat duduk yang paling anda sukai. Duduklah di luar sambil menikmati bayu petang dan angin sepoi-sepoi bahasa…
Atau di dalam berdekatan dengan coffee table dan rak buku…
Atau di sofa panjang merah yang berdekatan dengan tangga…
Atau di dalam bilik yang mempunyai meja panjang yang dapat memuatkan geng anda sehingga 12 orang.
Sambil menikmati makanan Western, fusion atau kek, luangkanlah masa sebanyak mungkin di kafe ini untuk menelaah bahan bacaan yang disediakan (atau mengambil gambar bahan bacaan tersebut dan post di Instagram dengan caption intelektual, we won’t judge!)
Ingin menjamu selera sambil membaca? Kunjungilah Le Parlour Cafe Studio, sesuai untuk mereka yang mencintai buku dan makanan.
Le Parlour Cafe Studio
2, Lorong Kedandi 9A,
Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, Kuching
Tel: 016-855 7357
Waktu operasi: Selasa-Ahad, 12pm-11pm (tutup setiap Isnin)
Status: Pork-free
Facebook: Le Parlour Cafe Studio