Fun fact : Jenama minuman boba yang berasal dari Sarawak!
Vibe Pastel Dan Comel, Cawangan Baru HiCaa Di Tabuan Ini Port Terbaik Untuk Kaki OOTD. Jika di Semenanjung, pasti anda sudah terbiasa dengan jenama minuman boba seperti Xin Fu Tang, The Alley, Daboba dan banyak lagi.
Tapi tahukah anda Sarawak juga mempunyai jenama minuman boba yang tidak kurang hebatnya!
HiCaa merupakan sebuah kedai minuman yang menawarkan pelbagai pilihan minuman teh susu dan minuman berkrim yang lazat dan menggembirakan tekak anda.

HiCaa yang trendy dan sesuai dengan jiwa muda
Namun, keistimewaan HiCaa tidak terhenti di situ sahaja. Kebanyakan kedainya mempunyai konsep rekaan dalaman yang begitu trendy dan sesuai dengan jiwa OOTD anak muda masa kini.
Lihatlah cawangan terbaru rekaan dalaman HiCaa di Emart Tabuan Jaya ini. Warna pastel dan lembut menjadi pilihan. Kerusi dan meja juga memiliki rekaan yang minimalis. Paling best, mesti ada tempat lepak yang instaworthy!

Sumber : FB Emart Tabuan Jaya



Bukan itu sahaja, HiCaa kini telah mempunyai cawangan di seluruh Sarawak termasuk Sibu dan Miri. Di Kuching sahaja, terdapat 5 cawangan kedai minuman untuk melengkapkan selera boba warga Kuching.
Cawangan kedai lain yang ada di Kuching juga mempunyai dekorasi dalaman yang berbaloi untuk kaki selfie dan OOTD!




Minuman paling laris ialah HiCaa Creme Signature
Bagi anda yang belum pernah merasai minuman boba yang ditawarkan di HiCaa, menu yang paling laris di sini ialah HiCaa Creme Signature, Golden Pearl Milk Caa, HiCaa Creme Cocoa dan HiCaa Creme Matcha.
Selain itu, anda juga boleh memilih pelbagai lagi menu minuman yang berasaskan buah, coklat dan kopi di sini. Memang sedap weh!
Jika anda berada di Sarawak, jangan lupa untuk cuba jenama minuman boba Sarawak ini yang setanding dengan jenama minuman boba antarabangsa.