5 Makanan Dan Minuman Di Burger O Myy Ini Memang Padu
Tidak dinafikan bahawa Kuching adalah syurga makanan. Terdapat pelbagai tempat makan yang menarik di Kuching, anda boleh explore di sini : Places To Eat In Kuching
Jika sebelum ini kami telah menulis mengenai 3 Home Based Western Food Restaurant Yang Perlu Anda Cuba di Kuching , kali ini kami berkunjung ke sebuah lagi Home Based Western Food Restaurant yang terletak di Samarindah, iaitu Burger O Myy
Restoran ini dahulunya terletak di Rimba 12, Kuching dan kini baru sahaja memulakan operasi mereka di Samarindah.
Sejarahnya pula, Burger O Myy pada mulanya terkenal dengan burger bersaiz besar yang dijual di Bus Stop berhadapan dengan Riverside Shopping Mall, Kuching.
Burger O Myy terletak di Lorong Samarindah Baru 13, Kota Samarahan. Walaupun lokasi yang agak ke dalam, suprisingly terdapat ramai pengunjung yang menikmati malam malam mereka di sini.
Kami mencuba 5 jenis makanan dan minuman ketika berkunjung ke sini.
1. Burger Double Delight Beef
Burger Double Delight Beef dari Burger O Myy ini didatangkan dengan set bersama fries. 2 lapisan beef burger yang tebal berserta cheese ( lebih tebal dari Big Mac ) sangat sangat mengenyangkan.
Harga untuk Double Delight Beef ini adalah RM13/set dan RM 11 untuk ala carte
2. Lamb Chop Rice
Lamb Chop Rice di Burger O Myy dihidangkan bersama mash potato, salad dan juga baked bean. Terdapat 3 keping kambing dan sos blackpepper yang pekat juga disediakan. Bagi anda yang betul betul lapar, kami rekomenkan anda untuk mencuba lamb chop rice ini.
Harga : RM22
3. Chicken Chop Fries
Bagi penggemar chicken chop, anda mempunyai dua pilihan sekiranya berkunjung ke Burger O Myy ini. Anda boleh dapatkan Chicken Chop with Fries atau pun Chicken Chop with Mash Potato. Harga dan portion yang disediakan pula sangat berbaloi.
Harga : RM9 ( Fries ) RM 12 ( Mash Potato )
4 & 5 : Ice Blended Giant : Chocolate Oreo & Vanilla Oreo
Kami pada mulanya fikirkan ice blended yang disajikan bersaiz biasa biasa sahaja, tapi bila air ini sampai ke meja kami, kami terkejut kerana ianya bersaiz XXXXL. Baruk minum suku lalu dah sandat perut kata orang.
Chocolate Oreo & Vanilla Oreo Ice Blended ini berharga RM6 setiap gelas.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke Burger O Myy ini, anda boleh ikut peta di bawah :
Bagi anda yang ingin pergi ke sini, kami sarankan anda untuk menempah meja anda terlebih dahulu di talian seperti berikut : +60 16-649 4901
Mun embak geng rami rami, boleh roger tokey nya debah tok. Kelak confirm ada nya berik diskaun sikit bah hehe.
Selamat menjamu selera!