Cuba Makanan Tradisional Sarawak Di 4 Restoran Ini
Salah satu keunikan yang terdapat di Kuching adalah akses kepada makanan tradisional Sarawak, walaupun Kuching adalah bandaraya yang pesat membangun. Masih terdapat beberapa restoran dan gerai yang memfokuskan jualan makanan tradisional Sarawak. Sekiranya anda rasa ‘craving’ untuk makan ayam pansuh, umai, linut, tumpik dan sebagainya ini adalah 4 restoran yang anda boleh cuba :
- Lepau Restaurant
Lepau terletak di Jalan Ban Hock, bersebelahan dengan Hotel Supreme. Mereka menyediakan makanan urang ulu,dayak dan juga makanan makanan lain yang terkenal di Sarawak.
Lepau amat sesuai bagi anda yang inginkan makanan dan suasana yang unik. Mereka juga menyediakan masakan ikan semah, namun anda perlu tempat terlebih dahulu sekiranya ingin memakan ikan tersebut.
Bagi anda yang sedang melancong di Kuching, Lepau adalah restoran yang betul betul berada di tengah bandar. Jadi tidak sukar bagi anda mencarinya. Lokasi Lepau adalah seperti peta dibawah :
2 . Ruai Al Bait
Ruai Al Bait terletak di Semariang, sesuai dilawati bagi anda yang tinggal di kawasan Petra Jaya.
Disini, anda boleh mencuba set seperti di atas, dan disertakan sekali linut, makanan tradisional orang Melanau. Gabungan di antara linut dan sambal belacan adalah……..speechless.
Lokasi untuk Ruai Al-Bait adalah seperti peta di bawah. Jangan sesat indah kelak haha
3. My Village Barok
My Village Barok merupakan restoran yang agak terkenal kerana lokasi nya yang boleh diakses menggunakan penambang dari waterfront. Sekiranya anda ke restoran ini, anda akan dapat melihat ayam pansuh dimasak menggunakan buluh di kawasan luar restoran ini.
Sekiranya anda bertandang ke sini, jangan lupa untuk mencuba Ayam Pansuh mereka. Harga yang ditawarkan juga mampu milik untuk orang biasa.
Selain itu, linut dan umai juga dihidangkan di sini. Menu di sini adalah lengkap bagi anda yang mengidam makanan tradisional Sarawak.
Lokasi My Village Barok adalah seperti dibawah :
4. Tumpik Botak @ Xing Xing Cafeteria Matang
Tumpik adalah makanan yang berasal daripada sagu dan juga kelapa. Ala ala lempeng, macam yes tapi bukan.
Disebabkan cheese di dalam/di atas makanan adalah perkara biasa, jadi Tumpik tidak terlepas dari pengaruh peredaran zaman. Menarik untuk anda cuba.
Lokasi Tumpik Botak ini adalah seperti di bawah :
Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lupa untuk pergi ke restoran restoran ini dan ajak kawan kawan anda sekali!