Ini Gerai/Restoran Yang Menghidangkan Nasi Kambing Bakar Di Kuching
Bagi anda yang gemarkan kambing, pasti anda tertanya tanya di mana tempat untuk mendapatkan kambing bakar di Kuching. Lamb shoulder yang dimasak cara barat juga terlalu common. Terdapat beberapa buah restoran di Kuching yang menghidangkan hidangan Nasi Kambing Bakar.
Dalam artikel ini, kami sertakan 3 gerai/restoran yang menghidangkan nasi kambing bakar di Kuching
- Boss Kambing Bakar @ Kaya Cafe
Bagi anda yang tinggal di sekitar Petrajaya atau lebih precise lagi sekitar kawasan Tupong – Matang Jaya anda boleh berkunjung ke Kaya Cafe. Mereka menyediakan hidangan Nasi Kambing Bakar dengan harga RM12 ke bawah.
Kambing mereka diperap dengan resepi mereka sendiri dan mereka dihidangkan dengan sambal yang juga merupakan resepi mereka sendiri. Lokasi mereka adalah seperti di bawah :
2. Kuehpedia, Wayang Street
Kuehpedia yang terletak di tengah bandaraya Kuching merupakan Cake Boutique dan juga cafe. Bagi anda yang gemarkan kek, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis kek di sini, termasuk kek gula apong.
Kuehpedia menyediakan Nasi Goreng Kambing Bakar bagi anda yang gemarkan kambing. Lokasi kuehpedia adalah seperti peta di bawah :
3. My Barok Village
My Barok Village merupakan restoran yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong kerana lokasi mereka yang strategik ( across waterfront )
Nasi Kambing Ketok adalah antara menu yang sangat popular di sini, kambing bakar yang mereka hidangkan sangat lembut dan bagi anda yang gemarkan pedas, anda pasti akan menggemari sambal mereka.
Lokasi My Village Barok :
Jika anda tahu ada lagi tempat yang menghidangkan Nasi Kambing Bakar, jangan lupa tinggalkan komen di bawah!