fbpx
More

    Puncak Gunung Santubong Summit 4.5 Kini Ditutup Secara Kekal

    Laluan alternatif ke puncak Santubong itu diumumkan tutup atas pelbagai sebab.

    Puncak Gunung Santubong Summit 4.5 Kini Ditutup Secara Kekal. Puncak Gunung Santubong merupakan kawasan ekopelancongan yang terkenal dalam kalangan pendaki tegar. Malah, ia menjadi destinasi wajib tawan pendaki kerana tahap ekstrim laluan pendakian yang memerlukan kecergasan fizikal dan mental.

    Walau bagaimanapun, menerusi sebuah laman Facebook pelancongan, My Santubong & Borneo Adventures, laluan trail Gunung Santubong yang dinamakan Santubong Summit 4.5 telah ditutup secara kekal oleh pihak pengurusan.

    Oh no!

    Santubong Summit 4.5 is closed permanently

    Posted by My Santubong & Borneo Adventures on Sunday, September 6, 2020

    **Update 9/9/2020 : Laman rasmi Facebook Sarawak Forestry Corporation yang mengendalikan Taman Negara Santubong mengumumkan hanya 2 trail sahaja dibuka untuk pendaki iaitu trail Summit 1 dan Loop yang bermula di pintu masuk utama taman negara.

    Pendakian hendaklah dimulakan pada awal pagi dan kemasukan terhad kepada 50 orang pengunjung sahaja setiap hari.

    [Announcement] Kindly be informed that all the entrances to Santubong National Park were closed except for the main…

    Posted by Sarawak Forestry Corporation on Tuesday, September 8, 2020

    Ditutup kekal disebabkan banyak kes kehilangan dan menyebabkan kematian

    Laluan yang bermula di Permai Rainforest Resort tersebut telah ditutup atas beberapa faktor. Antaranya seperti individu yang pergi ke sana tidak mematuhi peraturan dan SOP, kes kehilangan yang kerap serta kawasan trail menjadi kotor dengan sampah sarap.

    Bahkan, minggu lalu, terdapat satu kes kematian yang melibatkan seorang pendaki muda yang mendaki menggunakan laluan 4.5 tersebut.

    Puncak Santubong boleh ditawan dengan menggunakan 7 laluan trail yang mana laluan trail Summit 4.5 adalah salah satu daripada laluan tersebut.

    Puncak Gunung Santubong Summit 4.5 Kini Ditutup Secara Kekal
    Sumber foto : @suemarcel

    Summit 4.5 merupakan salah sebuah laluan trail yang sangat ekstrim dan mencabar kerana anda perlu mengharungi kawasan air terjun, batu besar dan kayu besar. Malah, anda perlu merangkak di celah batu dan kayu besar untuk sampai ke puncak 4.5.

    Laluan ini sebenarnya bukanlah laluan rasmi untuk ke Puncak Santubong memandangkan ia tidak bermula di kawasan ibu pejabat Taman Negara Santubong, tetapi sebaliknya bermula di kawasan Kem Permai.

    Puncak Gunung Santubong Summit 4.5 Kini Ditutup Secara Kekal
    Puncak Gunung Santubong Summit 4.5 Kini Ditutup Secara Kekal
    Sumber foto : FB Mohd Ameerul

    Hanya laluan Santubong 1 dibuka untuk orang awam

    Turut dimaklumkan, hanya Santubong Summit 1 dibuka kepada orang awam buat masa sekarang. Jalan singkat seperti laluan Bukit Puteri juga dikatakan telah tutup. Sebarang aktiviti pendakian ke Gunung Santubong kini perlulah berdaftar dengan ibu pejabat Taman Negara Santubong sebelum memulakan pendakian.

    Walaupun ia bukanlah trail untuk ke puncak yang paling tinggi, penutupan laluan Summit 4.5 ini ternyata telah menimbulkan reaksi kecewa daripada orang ramai terutamanya para pendaki tegar.

    Puncak Gunung Santubong Summit 4.5 Kini Ditutup Secara Kekal

    Air Terjun Embang Santubong, Tanjung Sipang turut ditutup

    Selain daripada laluan Summit 4.5, beberapa bahagian Santubong lain juga turut ditutup untuk kunjungan orang awam. Antaranya ialah Santubong East Coast, Tanjung Sipang, Santubong Summit 2, dan Air Terjun Embang Santubong.

    Ada juga yang mengatakan bahawa laluan Summit 4.5 adalah laluan yang sama digunakan untuk ke Blue Pool Permai, Santubong. Walau bagaimanapun, tidak pasti lagi sama ada laluan ke Blue Pool yang tular sebelum ini masih dapat diakses seperti biasa atau sebaliknya.

    Puncak Gunung Santubong Summit 4.5 Kini Ditutup Secara Kekal
    Sumber foto : FB Hikers Kental
    Puncak Gunung Santubong Summit 4.5 Kini Ditutup Secara Kekal
    Sumber foto : FB Mikail Blake

    Kepada anda yang berhasrat untuk mendaki ke mana-mana destinasi, dinasihatkan untuk sentiasa mementingkan keselamatan dan kebersihan alam sekitar. Kini, kita telah kehilangan satu pemandangan cantik dan indah yang jarang ada di tempat lain.

    Baca juga destinasi tarikan baru di Santubong :

    Artikel Berkaitan