Sarawak Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board
Kerajaan Sarawak mengeluarkan kenyataan rasmi pagi tadi dengan menyatakan kerajaan negeri menarik wakil mereka daripada Malaysia Tourism Board dengan asas tiada keperluan bagi Kerajaan Segeri berada di dalam posisi tersebut.
‘Perang’ di antara Nazri Aziz dan juga Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah semakin hangat apabila Nazri Aziz menempelak Datuk Abdul Karim Hamzah dengan menyatakan bahawa beliau adalah menteri ‘setahun jagung’
Kenyataan Nazri Aziz di dalam video di atas telah menyebabkan beliau dikecam teruk oleh rakyat Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak seperti Abdullah Saidol dan Fazzrudin Abdul Rahman juga mengecam tindakan Nazri Aziz yang melekehkan Menteri Pelancongan Sarawak.
Pemuda BN Sarawak mempertahankan tindakan Abdul Karim dan mengecam Nazri Aziz menurut laporan Free Malaysia Today
“Tindakan melabelkan menteri Sarawak itu sebagai ‘setahun jagung’ dan masih budak lagi adalah satu penghinaan terhadap Datuk Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan negeri untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri,” kata menteri kerja raya itu dalam kenyataan hari ini.
“Sebagai sebuah keluarga besar dalam BN, apa juga isu terutama menyentuh sensitiviti rakyat di mana-mana peringkat seharusnya ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau hebahan media kerana ia boleh mencetuskan kemarahan nitizen.”