fbpx
More

    Seorang Maut Tertimbus Ketika Melombong Emas Di Bau, Manakala 2 Lagi Terselamat

    Ketiga-tiga mangsa merupakan rakyat tempatan dipercayai pergi ke kawasan tersebut untuk melombong emas.

    Seorang Maut Tertimbus Ketika Melombong Emas Di Bau, Manakala 2 Lagi Terselamat. Dilaporkan bahawa dua orang selamat manakala seorang lagi meninggal dunia selepas tertimbus tanah ketika melombong emas di kawasan Gunung Krian, Bau pada Rabu. 

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khiruddin Drahman berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan termasuk usaha untuk mengeluarkan mangsa.

    Seorang Maut Tertimbus Ketika Melombong Emas Di Bau, Manakala 2 Lagi Terselamat
    Seorang Maut Tertimbus Ketika Melombong Emas Di Bau, Manakala 2 Lagi Terselamat

    Keadaan amat bahaya dan berisiko

    “Keadaan sangat bahaya dan berisiko selepas mengambil kira struktur lombong yang rapuh.

    “Pada kedalaman kira-kira 92 meter, ia memang menyukarkan operasi mengeluarkan mangsa dan keadaan yang sempit juga membataskan pergerakan keluar dan masuk,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu. 

    Mangsa merupakan Mat Tapa yang berusia 25, bersama dua orang rakan sekampungnya telah pergi ke kawasan lombong untuk menggali emas sekitar jam 5.30 pagi Selasa.

    Tambah Khiruddin, pasukan SAR telah menggunakan pelbagai kaedah termasuk membuka laluan selamat untuk mengeluarkan mangsa yang dihempap runtuhan bongkah batu dan juga tanah.

    Seorang Maut Tertimbus Ketika Melombong Emas Di Bau, Manakala 2 Lagi Terselamat

    Melombong emas di kawasan berkenaan sebelum kemalangan berlaku

    Terdahulu, berdasarkan laporan awal, ketiga-tiga rakyat tempatan ini dipercayai melombong emas di kawasan berkenaan sebelum kemalangan tersebut berlaku.

    Operasi untuk mengeluarkan mangsa turut disertai oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dan telah dimulakan pada jam 9.15 pagi Rabu semalam.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan