Seorang remaja dan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
Seorang Remaja Dan Seorang Lelaki Diberkas Edar Dadah, Kuching. Dua lelaki termasuk seorang remaja telah diberkas kerana telah disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Sungai Moyan Isnin lepas.
Ketua Polis daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua suspek yang telah ditahan berusia 18 dan 23 tahun.

Syabu telah ditemui
Suspek ditahan kerana kelihatan mencurigakan ketika sedang menunggang motosikal sekitar jam 3.15 petang.
Setelah diperiksa, dadah jenis syabu seberat 52.7 gram telah ditemui.

Hukuman mati akan disabitkan jika didapati bersalah
Kedua-dua suspek telah ditahan untuk siasatan yang lebih lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang akan dijatuhkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan mengedar dadah.
Kedua-dua suspek juga kini ditahan reman untuk membantu siasatan, tambahnya.
Menurut Superintenden Aidil Bolhassan juga, jika masyarakat mempunyai apa-apa maklumat tentang penyalahgunaan dadah,dimohon agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan selanjutnya boleh diambil.

Laporan mengenai penyalahgunaan dadah boleh dibuat
Sebarang laporan berhubung kaitan dengan kegiatan dadah boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233.
Dinasihati juga kepada orang awam agar jangan sesekali terlibat di dalam penyalahgunaan dadah kerana ianya tidak mempunyai apa-apa faedah, malah iainya akan merosakkan diri dan keluarga.