fbpx
More

    Tahukah Anda Black Bean Coffee Ada Cawangan Di Tabuan Desa?

    Black Bean Coffee, Starbucks tempatan OG Kuching

    Tahukah Anda Black Bean Coffee Ada Cawangan Di Tabuan Desa? Bagi penggemar kopi warga Kuching, kemungkinan besar anda pernah terdengar tentang Black Bean Coffee di pasar kan?

    Kadang kala juga, Black Bean Coffee di pasar terlalu crowded dan kemungkinan besar anda perlu menunggu giliran untuk mendapatkan kopi anda.

    Penat menunggu? Pergi ke cawangan Black Bean Coffee di Tabuan Desa!

    Tahukah Anda Black Bean Coffee Ada Cawangan Di Tabuan Desa?

    Menggunakan biji kopi buatan Sarawak

    Bagi mereka yang tak familiar dengan Black Bean Coffee, salah satu keistimewaan Black Bean Coffee adalah mereka menggunakan biji kopi buatan tempatan iaitu Kopi Liberica.

    Berasal dari kawasan selatan Sarawak yang berbukit bukau, Sarawak Liberica dihasilkan oleh penduduk Bidayuh manakala ladang tempatan yang dihasilkan oleh penduduk kaum cina.

    Roasted setiba di kedai, kopi dihidangkan semestinya segar!

    Selain biji kopi dari Sarawak, terdapat juga biji kopi dari tempat lain yang dihidangkan di sini!

    Antara hidangan kopi anda boleh cuba adalah Americano, Iced Latte, Cappucino dan sebagainya. Harga kopi kebanyakkan tak lebih daripada RM10!

    Latte dan Vanilla Ice Cream Coffee

    Sekiranya anda minat, anda boleh Waze/Google Maps ‘Black Bean Coffee Tabuan Desa’ untuk ke sini. Kedai ini terletak di dalam sebuah perumahan dan agak terpencil juga, jadi ia lebih baik untuk anda menggunakan aplikasi GPS untuk memastikan anda tak sesat pula!

    Suasana kafe sangat santai, sesuai untuk membuat kerja!

    Lagi di sini

    Artikel Berkaitan