fbpx
More

    Taska dan Tadika Di Kuching Akan Kekal Tidak Beroperasi

    Tadika dan juga Taska akan kekal tutup di Kuching.

    Taska dan Tadika Di Kuching Akan Kekal Tidak Beroperasi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah memberi keputusan bahawa Taman Didikan Kanak-kanak (tadika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di Zon Merah COVID-19 iaitu daerah Kuching akan kekal ditutup.

    Pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan untuk menutup sementara operasi taska dan tadika di daerah Kuching ini berikutan keadaan semasa COVID-19 yang belum lagi stabil di daerah tersebut.

    Taska dan Tadika Di Kuching Akan Kekal Tidak Beroperasi
    Taska dan Tadika Di Kuching Akan Kekal Tidak Beroperasi

    Masih tidak beberapa stabil

    “Pagi tadi kita telah berbincang mengenai perkara ini, dan keadaan di Kuching kita lihat (keadaan penularan wabak COVID-19) masih tidak beberapa stabil.

    “Kita dapat saksikan taburan kes baharu positif ini tidak tertumpu kepada sesuatu kawasan, jadi kita amat khuatir ia boleh merebak ke taska dan tadika.

    “Oleh sebab itu, kita memutuskan untuk menutup sementara operasi taska dan tadika di daerah Kuching,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

    Taska dan Tadika Di Kuching Akan Kekal Tidak Beroperasi
    Taska dan Tadika Di Kuching Akan Kekal Tidak Beroperasi

    Kes baharu positif COVID-19 melibatkan kanak-kanak

    Malah, jelas Uggah, kes baharu positif COVID-19 hari ini di daerah Kuching juga melibatkan kanak-kanak.

    “Jadi kita masih meminta untuk tadika dan taska ditutup di kawasan daerah Kuching,” katanya sambil menambah pihaknya terpaksa menolak permohonan walaupun terdapat permintaan untuk membuka operasi taska dan tadika di Kuching.

    Tegas beliau, JPBNS hanya akan membenarkan taska dan tadika beroperasi di zon hijau sahaja.

    “Kita tunggu keadaan betul-betul stabil,” kata beliau.

    Taska dan Tadika Di Kuching Akan Kekal Tidak Beroperasi

    Dengan syarat harus memohon

    Pada Rabu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK)  Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) iaitu tadika dan taska di zon merah COVID-19 iaitu daerah Kuching dibenarkan beroperasi semula dengan syarat harus memohon kebenaran daripada kementeriannya. 

    Malah, katanya, bagi bahagian-bahagian lain yang tidak dikategorikan sebagai zon merah COVID-19, tadika dan taska boleh beroperasi berkuat kuasa serta merta.

    Pada 29 Oktober 2020, JBPNS telah memutuskan semua IPAKK di daerah Kuching yang dikategorikan sebagai zon merah COVID-9 ditutup berkuat kuasa 30 Oktober hingga 13 November 2020.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan