fbpx
More

    Tempat Bercuti Dengan Pemandangan Yang Terbaik di Lawas

    Tempat Bercuti Dengan Pemandangan Yang Terbaik di Lawas

    Sarawak merupakan negeri yang amat besar. Dengan saiz seluas 124 450 km persegi dan hanya mempunyai kurang dari 3 juta penduduk, Sarawak mempunyai banyak tempat yang boleh dikatakan sebagai ‘undiscovered’.

    Salah satu tempat tersebut adalah Manangang Place di Lawas. Manangang Place ini terletak 57km dari Bandar Lawas dan berada di puncak bukit dengan ketinggian 600 meter dari paras laut. Tempat ini juga dikelilingi oleh hutan yang masih tidak diganggu dan juga tempat di mana suku kaum Lun Bawang tinggal.

    Menangang adalah bahasa Lun Bawang yang membawa maksud Burung Kenyalang, burung yang merupakan simbolik untuk Negeri Sarawak.

    Tempat Bercuti Dengan Pemandangan Yang Terbaik di Lawas
    credit gambar dari menangangplace.com

    Bagi anda yang merupakan pencinta alam sekitar, tempat ini adalah sangat istimewa dan sukar dilupakan bagi anda. Tempat ini juga merupakan syurga bagi ‘bird watchers‘ dan juga ‘ insect natural habitatenthusiasts.

    Bagi anda yang ingin berkunjung ke Menangang Place, mereka menyediakan :

    1. Tempat bercuti yang tenang dan selesa
    2. Tempat untuk anda menikmati outdoor BBQ
    3. Cafe ‘pork free’ yang menyediakan makanan barat dan tempatan
    4. Anda boleh memancing ikan, dan mereka akan memasak ikan hasil tangkapan anda.

    Tempat Bercuti Dengan Pemandangan Yang Terbaik di Lawas

    Selain itu :

    • Jungle Trekking
    • Bird and Insect Watching
    • Swim in TheRiver
    • Fish Catching ( Ikan semah di Long Lidong )
    • Payeh Maga ( Tempat untuk bird/insect watching )
    • Merarap Hotspring

    juga disediakan untuk anda yang ingin meneroka kawasan sekitar. Bagi anda yang ingin mengetahui cara untuk ke Menangang Place, anda boleh ke laman sesawang mereka iaitu : www.menangangplace.com

    Tempat Bercuti Dengan Pemandangan Yang Terbaik di Lawas

    Setiap unit tempat tinggal di Menangang Place ini dilengkapi oleh panel solar, lantas menjadikan tempat ini sebagai tempat yang menggunakan ‘ clean and sustainable ‘ energy untuk beroperasi.

    Tempat Bercuti Dengan Pemandangan Yang Terbaik di Lawas

    11 buah bilik disediakan bagi pengunjung yang ingin lari dari kesibukan kota dan bercuti di dalam keadaan yang tenang dan menyegarkan di tengah tengah hutan belantara di Borneo.

    Jika anda melawat Lawas, jangan lupa untuk tinggal di Menangang Place kerana kami pasti, anda pasti akan kembali lagi!

     

    Artikel Berkaitan