Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bintawa, Kuching mulai 16 Mac 2021
TERKINI : Kampung Bintawa Akan Dikenakan PKPD Mulai 16 Mac Hingga 29 Mac 2021. Terkini, dilaporkan bahawa Kampung Bintawa di Kuching akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Kes semakin naik
Perintah tersebut akan berkuatkuasa mulai 16 Mac (12:01AM) hingga 29 Mac 2021 (11:59AM).
Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana ini dibuat susulan kes positif di Kampung Bintawa, Kuching semakin meningkat.
Sarawak kini mempunyai sejumlah 29 kluster aktif, di mana 2 daripada jumlah ini adalah dari Kuching iaitu Kluster Emperoh Jambu (dengan 3 penambahan kes hari ini, menjadikan jumlah kesuluruhan menjadi 303 kes) dan Kluster Jalan Green (tiada penambahan kes).
Termasuk dalam jumlah kluster aktif ini ialah Kluster Jalan Tanjung di Bintulu, iaitu kluster baru diisytiharkan hari ini (15 Mac 2021).