fbpx
More

    Jom Hadir Ke Sambutan Tahun Baru 2019 Yang Gempak Di Waterfront Kuching

    Jom Hadir Ke Sambutan Tahun Baru 2019 Yang Gempak Di Waterfront Kuching

    Sambutan Tahun Baru 2019 di Kuching dijangka sangat meriah dengan Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan bahawa satu upacara besar besaran bakal diadakan pada 31 Disember 2018, bermula dari pukul 5 petang.

    Pelancaran Tahun Melawat Sarawak 2019 juga akan diadakan pada Sambutan Tahun Baru 2019 ini.

    Jom Hadir Ke Sambutan Tahun Baru 2019 Yang Gempak Di Waterfront Kuching

    Sidang media yang diadakan menyatakan bahawa terdapat banyak aktiviti yang akan disediakan untuk pengunjung. Di bawah kami senaraikan aktiviti dan juga hiburan yang bakal disediakan buat pengunjung.

    Persembahan dari artis tempatan dan antarabangsa :

    • At Adau
    • Bello Busker
    • On String
    • D Legacy
    • UiTM Sarawak
    • Lim Kok Wing Sarawak
    • Nery Aar
    • Shafiq Farhain
    • Roxanne Lee
    • Firdaus
    • Felicia Gek
    • Gabriel Tan
    • Siti Hajar Mohiden
    • Nor Fauzana Wahid

    Aktiviti lain yang bakal diadakan adalah persembahan tarian etnik pelbagai kaum, musical fountain, dan macam macam lagi. Tonton video di bawah untuk gambaran yang lebih jelas mengenai aktiviti aktiviti yang bakal diadakan pada 31 Disember ini.

    https://www.instagram.com/p/Bro2ynblrXE/?utm_source=ig_web_copy_link

    Jangan lupa hadir bersama sama ke majlis sambutan tahun baru ini nanti ya. Ajak keluarga dan rakan rakan anda bersama sama untuk memeriahkan majlis ini.

    Anda disarankan untuk merancang perjalanan anda sebaik baiknya dengan datang lebih awal dan meletakkan kereta anda di Plaza Merdeka, Saujana, Topspot, Riverside dan sekitar yang mempunyai kawasan letak kereta bertingkat.

    Anda juga boleh menggunakan Grab untuk mengurangkan kesesakan di jalan raya.

    Artikel Berkaitan