Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak telah memberkas tiga lelaki warga tempatan selepas didapati positif dadah dalam Operasi Cegah pada Rabu.
Tiga Lelaki Warga Tempatan Diberkas Positif Syabu, Matang. Ketua Operasi iaitu Pegawai daripada AADK Sarawak, Awang Ekhsaan Awang Bongsu berkata, tiga lelaki yang telah ditangkap mula-mulanya kerana mereka kelihatan mencurigakan di kawasan Matang.
Menurut beliau, kesemua suspek yang telah diberkas beruia di dalam ligkungan 20 hingga 30 tahun.

Positive Metamphetamine
Beliau turut berkata, AADK yang kemudiannya membuat ujian saringan air kencing ke atas ketiga-tiga suspek ini, mendapati bahawa ketiga-tiga mereka dipercayai positif dadah jenis Metamphetamine menyebabkan mereka terus ditahan bagi siasatan selanjutnya.
Tambahnya, siasatan yang lebih lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah.
Justeru itu, Ketua Operasi, Awang Ekhsaan meminta agar rakyat bersama-sama bekerjasama untuk menghubungi pejabat AADK yang berdekatan sekiranya ada kegiatan penyalahgunaan dadah berlaku di kawasan masing-masing.
AADK juga boleh dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp ditalian 019-6262233 untuk sebarang laporan berhubung kegiatan penyalahgunaan dadah.