Kita kan satu Malaysia, makcik.
Tular Komen Kecam Pengacara Dari Sabah Sarawak, Netizen Sekolahkan Makcik Rasis. Kepelbagaian bangsa yang ada di negara kita adalah sesuatu yang istimewa. Malah, keistimewaan ini lebih bermakna jika ditonjolkan melalui saluran yang dilihat oleh orang ramai setiap masa iaitu media massa.
Bahkan, bangsa yang berbilang kaum ini dapat bekerja di bawah satu bumbung dan masih mempunyai hubungan yang harmoni antara satu sama lain.
“Mana pergi pengacara Melayu asli yang sensasi?”
Namun demikian, muncul pula komen seorang netizen yang mengecam tindakan sebuah stesen penyiaran nasional yang sering menampilkan pengacara dari Sabah, Sarawak dan juga kaum selain Melayu.
Melalui komen yang dibuat di salah satu kiriman Facebook stesen penyiaran berkenaan, individu berkenaan turut mempersoalkan bilangan Melayu asli yang popular di stesen penyiaran berkenaan. Malah, beliau turut membuat pertanyaan liar sama ada mereka telah dipecat.
Sikap rasis individu tersebut nyata terserlah apabila beliau memberi saranan agar rakyat Sabah dan Sarawak tidak boleh diberi kuasa di stesen penyiaran berkenaan kerana stesen tersebut bukan lah stesen penyiaran asal Sabah atau Sarawak.

Sumber : Facebook
Lebih ekstrim, individu tersebut juga turut memetik nama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tidak double crosser (jadi pengkhianat) kepada masyarakat Melayu Islam.
Hmm, tiberr jak.
“Salah satu contoh manusia yang tak boleh ‘blend’ dengan bangsa lain” – Netizen
Namun demikian, komen liar tersebut telah dikecam semula oleh netizen lain yang menyifatkan individu tersebut sebagai ‘makcik rasis’.


“Comfirm tak nyenyak tido malam ni. Banyak fikir. Sapa suruh komen yang tak elok macam itu. Beri malu agama. Pakai jubah segala tapi mulut..hmm. Harap tak migrain ya makcik. Padan muka,”
Netizen
“Mana itu makcik? Ohh makcik? Mulut cakap baik-baik sikit ye makcik. Jangan sebab mulut serupa longkang, orang kecam makcik kaw-kaw,”
Netizen


“… Sarawak dia sebut, tak apa. Ini sampai kaum suku sakat dia sebut. Badan kau belum kuning, makcik. Baru kau rasa. Kau lantang ‘petik’ suku sakat orang Sarawak dan Sabah,”
Netizen

“…pernah ada pengalaman ditolak RTM ke? Dah kena kecam, senang-senang padam komen macam tiada apa-apa yang terjadi. Betul-betul tak ada nilai tanggungjawab. Kata maaf pun susah nak cakap,”
Netizen
Walau bagaimanapun, komen tersebut dikatakan telah dipadam oleh makcik berkenaan namun sempat ditangkap layar oleh netizen.
Betul kata orang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Sejak platform sosial media menjadi penghubung utama rakyat di Malaysia, komen-komen yang menyentuh isu sensitif sebegini pastinya mengundang padah akibat diserang oleh tentera ‘bawang’ Malaysia.
Jangan main-main dengan kuasa tentera ‘bawang’ di Malaysia ni.
Apa-apa pun, usaha stesen penyiaran berkenaan yang membuka ruang kepada individu pelbagai kaum menyertai bidang penyiaran harus lah dipuji. Malah, wajar dijadikan contoh oleh stesen penyiaran yang lain untuk memandang bakat, bukannya bangsa serta tahap sensasi yang dikecapi.