Hadir Ke Borneo744 Untuk Nikmati Makanan Dari 9 Kaum Di Sarawak
Makan?Aok, semua orang suka untuk makan dan kami juga pasti bahawa semua orang mempunyai minat untuk mencuba makanan tradisi sesuatu kaum kerana keaslian makan tersebut. Bagi anda yang ingin mencuba makanan dari 9 kaum di Sarawak, anda boleh hadir ke Majlis Pra Pelancaran Borneo 744 kerana Festival Makan Makan Sarawak akan diadakan pada masa yang sama.
Before that, iboh lupak RSVP sitok : MakanMakan Sarawak Exhibition
Makan Makan Sarawak ini akan menampilkan makanan dari 9 kaum berbeza di Sarawak. Antara makanan yang anda boleh cuba di MakanMakan Sarawak ini adalah seperti gambar gambar di bawah :
Selain dari MakanMakan Sarawak tok, banyak aktiviti lain yang diadakan sempena Majlis Pra Perasmian Borneo 744, Bandar Usahawan Pertama di Sarawak tok.
Majlis Pra Pelancaran Borneo744 ini akan diadakan pada hari Jumaat, 19 Mei 2017 dari pukul 10 pagi – 10 malam dan akan dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kemeterian Kewangan Malaysia. Jadual penuh untuk aktiviti pra pelancaran Borneo744 adalah seperti dibawah :
Malaysian Global Innovation and Creativity Centre juga akan mengadakan majlis pra perasmian MaGIC Sarawak @ Borneo 744. MaGIC Sarawak @ Borneo 744 merupakan pejabat pertama MaGIC luar daripada Cyberjaya dan mempunyai reka bentuk Co Working Place yang sangat hipster!
Banyak aktiviti menarik yang diadakan di MaGIC Sarawak @ Borneo 744 (rujuk jadual di atas) , untuk mendaftar anda boleh ikut pautan berikut : Pendaftaran Aktiviti MaGIC Sarawak @ Borneo744
Kupon khas untuk menggunakan GRAB juga disediakan bagi 100 rides yang pertama
Terdapat juga Food Truck Fiesta, di mana 4 ke 6 buah food truck akan berada di Borneo744 dan menghidangkan pelbagai jenis makanan untuk anda yang menghadiri Majlis Pra Pelancaran Borneo744
Promo Code UBER juga disediakan khas bagi anda yang ingin mengurangkan kesesakan jalan raya dan menjimatkan masa mencari tempat untuk meletakkan kereta anda. Apa guna driving mun dapat nait UBER nak?
Artis artis terkenal tempatan juga akan memeriahkan Majlis Pra Perasmian Borneo744. Artis artis tersebut adalah
- Asyraf Hardy
- Sasha Ningkan
dan ramai lagi. Jangan lupa hadir untuk memberikan sokongan pada mereka okay?
Bah, iboh lupak datang esok kay? Sama samalah kita memeriahkan Bandar Usahawan Pertama di Malaysia tok.
Koperasi Belia Inovasi Sarawak – Kobis juga mempunyai pelbagai aktiviti pada hari yang sama. Anda boleh rujuk posting mereka seperti di bawah.
Bagi anda yang ingin tahu event event lain pada masa hadapan yang akan diadakan di Borneo744, anda boleh semak pautan berikut : Events di Borneo744
Untuk mendaftar dan mengesahkan kehadiran ( awal kamek padah lah, rugi mun sik register kehadiran dolok sebab ada something special hehehe) boleh sahkan kehadiran anda di sitok :
Pra Pendaftaran Kehadiran Majlis Pra Pelancaran Borneo744
P/S : Bas untuk peserta debatehacks & Ruby On Rails bagi pelajar UNIMAS akan disediakan pada pukul 9.15 pagi.