fbpx
More

    Warganegara Indonesia Positif COVID-19 Diburu Selepas Hilangkan Diri

    Dua warganegara Indonesia menghilangkan diri di Asajaya selepas disahkan positif COVID-19 kini diburu.

    Warganegara Indonesia Positif COVID-19 Diburu Selepas Hilangkan Diri. Jabatan Kesihatan Negeri dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak giat mengesan dua warganegara Indonesia yang telah menghilangkan diri selepas disahkan positif COVID-19.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan media semalam berkata bahawa dua warganegara Indonesia tersebut merupakan antara tiga kes baharu COVID-19 yang dikesan di Sarawak semalam.

    Warganegara Indonesia Positif COVID-19 Diburu Selepas Hilangkan Diri
    Warganegara Indonesia Positif COVID-19 Diburu Selepas Hilangkan Diri

    Mereka menjalani saringan COVID-19 untuk memulakan kerja

    Menurut JPBNS kes 1,107 dan 1,108 tersebut telah menjalani saringan COVID-19 untuk memulakan kerja di tempat baharu selepas ditawar bekerja di daerah Asajaya oleh majikan baharu yang ditemui di Kuching

    Selain itu menurut JPBNS, mereka kemudiannya dibawa ke kuarters pekerja di Asajaya pada 20 Disember 2020.

    JPBNS menambah bahawa kedua-dua kes yang dibawa oleh majikan untuk menjalani saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan swasta di Serian pada 21 Disember 2020 dan keputusan ujian pada 23 Disember 2020 telah mendapati kes-kes ini adalah positif.

    Warganegara Indonesia Positif COVID-19 Diburu Selepas Hilangkan Diri

    Kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang tanda dan gejala COVID-19

    Kedua-dua warganegara Indonesia itu juga dilaporkan tidak mengalami sebarang tanda dan gejala COVID-19 dan kes ini dikategorikan sebagai kes Import A iaitu jangkitan di luar negara.

    “Sehingga laporan ini dibuat, kedua-dua kes ini masih belum ditemui kerana telah menghilangkan diri selepas membuat saringan. 

    “Kes ini sedang dalam siasatan oleh Jabatan Kesihatan dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak,” ujarnya.

    Kredit: Utusan Borneo

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan